Pusat Hiburan Depan Balai Polis Kena Serbu - Kisah Seluruh Dunia

Pusat Hiburan Depan Balai Polis Kena Serbu | PETALING JAYA - Sebuah pusat hiburan yang menyediakan lapan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang baru dua minggu dibuka di Jalan 8/1D, Seksyen 8 bertentangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini diserbu malam kelmarin.




Dalam serbuan pada pukul 11.30 malam, lapan GRO warga China, Kemboja dan Thailand yang berpakaian menjolok mata diberkas ketika mereka sedang melayan kira-kira 20 orang pelanggan yang leka bersantai di pusat hiburan itu.


"Pemilik pusat hiburan itu seolah- olah mencabar pihak berkuasa apabila sengaja menjalankan kegiatan haram yang dibuka bertentangan dengan IPD Petaling Jaya," kata satu sumber.


0 comments:

Post a Comment